Wednesday, June 3, 2009

Ahli majlis PKR bantah pelantikan presiden MPSJ-Malaysiakini

Enam daripada sembilan ahli Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSJ) dari PKR, memboikot majlis angkat sumpah presiden MPSJ yang barunya, Mokhtar Mohd Jit pagi ini.

Mereka bertindak demikain sebagai membantah pelantikan kakitangan awam memegang jawatan tersebut.

MPSJ mempunyai 24 ahli majlis yang terdiri PKR (9), DAP (10), PAS (2) dan NGO (3).

Mereka mendakwa, sebelum ini, Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah mencapai kata sepakat untuk melantik seorang ahli politk sebagai presiden MPSJ.

Bantahan tersebut dilihat sebagai cabaran pertama terhadap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman, yang mengangkat jawatan tersebut kelmarin.

Mansor mengumumkan pelantikan Mokhtar semalam. Beliau juga turut mengumumkan pelantikan presiden baru Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Ketua Wip PKR di MPSJ, Johari Kassim juga memberi amaran bahawa beliau dan lapan orang ahli majlis tersebut dari PKR, mungkin akan letak jawatan serentak sebagai membantah pelantikan Mokhtar.

Sementara itu, Mansor telah meminta badan perhubungan PKR Pulau Pinang menyiasat ketidakhadiran ahli majlis PKR di majlis angkat sumpah presiden MPSJ pagi ini.

Selepas majlis angkat sumpah tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menghalau wartawan Utusan Malaysia, keluar dari menghadiri sidang akhbarnya.

Wartawan itu yang merupakan penolong ketua biro Utusan Malaysia di Pulau Pinang, Hafzrul Mohamed mendakwa dia rasa terhina dengan tindakan Lim itu.

Ulasan PMP:

Bila bercakap tentang gila kuasa, orang PR inilah yang akan menghentam dan menabur fitnah yang bukan-bukan terhadap BN/UMNO.. tetapi kita blh lihat sendiri bila puak mereka yang gilakan kuasa sanggup memboikot majlis perlantikan di atas. kenapa ini berlaku? kenapa orang politik yang kena terajui jawatan Presiden? tak layakkah kalau seorang penjawat awan yang lebih banyak pengalaman dan idea untuk di gunakan untuk rakyat di lantik? Biasalah ahli majlis pun mesti dari kalangan orang politik juga. Imbuhan mesti ada punya.

Kalau benar mereka-mereka ini berjanji dahulu ingin bekerja untuk rakyat tetapi nampaknya mereka lebih suka merumitkan perkara mudah demi kebaikan rakyat. Dan itu lah PR.

Kepada Lim Guan Eng yang menghalau wartawan Utusan itu. Daku rasa LGE tidak menunaikan janji beliau iaiti kebebasan media. LGE halau mana yang dia tak suka macam orang itu tidak ada perasaan. LGE berfikir sebelum bertindak, bayangkan kalau saudara yang kami halau dari majlis tersebut. Apa yang saudara rasakan wahai Khalifah ciptaan PAS dan gila kuasa..

Wassalam..

1 comment:

  1. UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas inisiatif anda dlm memberikan informasi menerusi blog terutama mengenai arena politik tanah air..

    Di harap kita dapat berkongsi idea dan bersama2 berjuang melalui blog ini..

    Ketua UMNO Cawangan kami, En. Abd. Razak Muhamad mengucapkan Salam Perjuangan khas buat anda.

    Sila layari blog kami di www.umnogombakselatan.blogspot.com dan berikan komen2 yg bernas di setiap artikel kami..

    Sekian, Ikhlas Dari,

    UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN,
    BAHAGIAN WANGSA MAJU.

    p/s : Blog anda dalam senarai link kami

    ReplyDelete