Sunday, May 24, 2009

Hanya sekadar pendapat

Alhamdulillah, ini adalah entry kedua daku di dalam blog ini selepas membuka blog ini dengan salam perkenalan.Pelbagai usaha telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk membantu memulihkan negara kita dengan pelbagai insentif kepada rakyat. Tetapi adakah rakyat mahu berfikir dan mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu negara selain hanya membayar cukai perniagaan dan pendapatan setiap tahun?..

Kadang-kadang daku rasakan ada sesetengah rakyat bertindak secara tidak adil kepada kerajaan kerana selalu menyalahkan pihak kerajaan jika mereka menempuh kegagalan seperti gagal dalam perniagaan. Pengalaman daku bekerja di sebuah firma audit memberikan sedikit pengalaman tentang dunia perniagaan ini terutamanya perniagaan yang di uruskan oleh orang Melayu. Terus terang daku katakan urusan rekod perakaunan syarikat Melayu amatlah daif berbanding dengan syarikat bangsa lain..Kenapa ini boleh berlaku? adakah menjalankan perniagaan hanya tahu menubuhkan sahaja tetapi gagal merancng dan menguruskan wang keluar masuk syarikat atau hanya tangkap muat sahaja?

Pada PRU12 tahun lepas, ada parti yang bertanding berjanji akan menyeragamkan gaji bagi sektor kerajaan dan juga swasta. Di sini daku tidak mahu mengulas tentang para pekerja yang berkerja di sektor kerajaan kerana kerajaan sudah pun menaikkan gaji mereka setinggi 30% pada 2 tahun yang lepas. Daku ingin menyentuh tentang hajat parti itu untuk menyeragamkan gaji minima pekerja kepada pekerja swasta iaitu RM 900 hingga RM1000 sebulan. Memang baik tujuan ini dan saya sokong 100% tetapi mekanisma atau caranya adalah masih kabur dan tidak jelas. Bagaimana kaedah ini akan dilaksanakan? Apa syarat minima bagi setiap syarikat swasta yang perlu di ambil kira?..Adakah solid 100% pekerja swasta akan menikmati gaji yang sama?..Apakah yang akan berlaku kepada syarikat-syarikat swasta yang kecil, kerana syarikat ini juga syarikat berstatus 'Sdn Bhd'?..

Memang mudah berkata-kata dan menabur janji tetapi secara praktikal nya masih belum tentu lagi. Tidak salah mencuba tetapi biarlah ianya berdasarkan kepada sesuatu yang jelas dan bukan hanya cakap sedap mulut sahaja.

Daku rasakan rakyat Malaysia lah yang paling bertuah berbanding dengan negara yang lain. Segala kemudahan telah diberikan, tetapi kenapa masih lagi hendak menyalahkan pihak kerajaan. Mungkin benar di pihak kerajaan juga perlu lebih prihatin terhadap peniaga-peniaga kecil ini untuk diberikan bantuan. Janganlah terlalu banyak karenah birokrasi di dalam pentadbiran kerana dengan birokrasi ini juga rakyat boleh menghukun sesebuah kerajaan.

Sebenarnya di dalam konteks ini, kerajaan dan rakyat perlu selalu berhubung dalam apa jua bentuk pun kerana melalui perhubungan yang jelas dan juga penerangan yang jelas segala permasalahan yang timbul boleh di atasi. Kepada wakil rakyat jadilah seorang yang boleh memberikan idea untuk semua rakyat dan bukan hanya sebagai perasmi majlis sahaja. Jengah lah ke kawasan masing-masing kerana rakyat memerkatikan anda.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment