Sunday, May 24, 2009

Pakatan Mogok Lapar Demi Rakyat Perak - Malaysiakini

Pakatan Rakyat menganjurkan mogok lapar 72 jam bagi mendesak pembubaran DUN Perak dalam usahanya menentang pengambilalihan kuasa BN sejak Februari lalu.

Mogok lapar yang bermula jam 10 pagi Selasa ini di Wisma DAP negeri, di depan bangunan DUN, akan dirasmikan oleh menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker mereka V Sivakumar.

Ia akan berakhir dengan solat hajat pada petang Khamis ini di pejabat Perak.

Program bantahan seumpama itu pertama kali sejak krisis itu berlarutan hampir empat bulan lalu walaupun Mahkamah Rayuan semalam mengesahkan pelantikan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar.

"Kempen mogok lapar adalah satu usaha serius untuk menghantar satu mesej supaya hak demokrasi dikembalikan kepada semua rakyat," kata setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming.

"Sebuah kerajaan yang demokratik mesti mendapat dari rakyat. Rakyat tidak mahu kerajaan mereka ditentukan oleh seorang hakim sahaja, sebaliknya hak asasi rakyat Perak berjumlah 2.4 juta untuk pilih kerajaan sendiri ditolak begitu sahaja."

Beberapa ADUN Pakatan di Perak yang tiada masalah kesihatan dijangka turut menyertai mogok tersebut.

Selain itu, mereka juga menganjurkan orang ramai berpakaian hitam.

Ulasan PMP:

Daku pun tak pastilah kenapa pihak PR ranyak ini selalu memanipulasi isu semasa demi kepentingan sendiri. Wajarkah mereka mogok lapar? Apa yang mereka dapat dari tindakan tersebut, mungkin hanya untuk menunjukkan protes kepada mahkamah atau kerajaan BN?..Sepatutnya tempoh 72 jam itu digunakan untuk bekerja di kawasan masing-masing bukan berdemo tak tentu pasal.

Tapi daku peliklah kenapa mogok lapar diadakan di dalam pejabat DAP?..nampak sangat DAP yang punya rancangan kurang bijak ini.Lagi satu kalau nak mogok sekalipun biarlah kena dengan kawasan, ini tidak mogok lapar dalam pejabat yang berhawa dingin. Kalau berani mogok bawah pokok lah. Jangan makan dan minum.

Daku cadangkan agar pihak yang mengeluarkan elaun Adun-adun yang terlibat ini tolak gaji atau elaun mereka selama 72 jam mereka bersuka ria ini sebab adun-adun PR ini bukanya buat kerja mereka pun, sibuk dengan retorik politik sempit mereka.

Macam-macam..

No comments:

Post a Comment