Monday, May 25, 2009

Rasuah dan Mogok Lapar

Macam-macam daku nak tuliskan hari ini. Tetapi daku mahu menulis tentang 2 perkara yang cukup meletop dari semalam iaitu isu wakil PKR cuba menyogok wakil bebas iaitu Pn Aminah (bekas ketua wanita PKR P.Pinang) dengan habuan yang amat dashyat dan juga program mogok lapar yang di anjurkan oleh PR.

Daku ingin melihat kepada isu yang pertama. Isu memang sudah dijangkakan kerana apabila Kak Min menawarkan diri untuk bertanding di DUN Penanti dan menyatakan agar BN tidak bertanding pada penulis bagaikan ada sesuatu rahsia di dalam PKR yang ingin Kak Min bongkarkan. Bekas seorang Ketua Wanita PKR sudah semestinya sudah lali dengan tipu helah, sepak teranjang dan konspirasi di dalam PKR itu sendiri. Semalam Tian Chua ada menyatakan bahawa PKR tidak terlibat dalam isu sogokkan ini dan secara tidak langsung menafikan tidak ada wakil PKR yang berjumpa dengan Kak Min untuk tidak bertanding. Walaupun ianya tidak dinyatakan tetapi daku rasa kenyataan itu adalah kenyataan yang mengambarkan hal sebenar.

Semalam juga Kak Min mendedahkan apa yang PKR sogokkan dan mempunyai rakaman perbualan selama 3 jam bersama 2 orang wakil PKR tersebut. Apa isi kandungannya? Tunggu dan lihat sahaja nanti. Kak Min juga telah membuat laporan kepada Polis, SPR untuk tindakan selanjutnya.

Hari ini, saudara Saifudin Nasution mengaku 2 ahlinya bertemu dengan Kak Min tetapi menafikan perbualan tersebut. Lama sungguh PKR hendak mengaku ya? Mungkin terlalu lama untuk mencari alasan kerana bukti telah ada. Daku rasakan selepas ini mesti ada alasan yang lebih menarik dari PKR. Antaranya ialah perbualan itu sengaja dirakam oleh orang kain, pihak BN punya rancangan dan lain-lain. Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia mesti tertunggu-tunggu alasan PKR. Lupa lagi satu medium yang mereka akan gunakan SAMAN dan gunakan PEGUAM PKR untuk menutup malu.

Isu yang kedua ialah mogok lapar yang di anjurkan oleh PR sebagai tanda protes kepada kepimpinan BN dan keputusan mahkamah. Kenapa perkara ini perlu berlaku?..Bermacam-macam alasan parti PAS untuk menghalalkan mogok lapar ini.

"Kempen mogok lapar adalah satu usaha serius untuk menghantar satu mesej supaya hak demokrasi dikembalikan kepada semua rakyat," kata setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming. (sumber- Malaysiakini)

Pas dalam lidah rasmi mereka, Harakah ada mengeluarkan kenyataan Ustaz Ahmad Awang yang menegaskan :-

"Banyak pihak tidak mengambil maklumat yang betul. Sebenarnya, mogok lapar ini untuk kawan-kawan yang bukan Islam. Yang , (mereka) berpuasa sunat," kata Ahmad Awang pagi ini.

"Hari ini 1 Jamadil Akhir. Menurut takwim hijrah, dari 1 hingga 3 hari bulan, (orang Islam) memang sunat berpuasa. ( sumber- Malaysiakini)

Memang pandai Pas memainkan isu ini. Daku bersetuju dengan berpuasa pada awal Jamadil Akhir ini dan puasa sunat adalah baik untuk semua tetapi daku pelik semasa kenyataan yang di keluarkan oleh DAP tidak pula menyatakan puasa sunat ini malahan daku rasa Nizar sendiri bersetuju dengan agenda mogok lapar ini. Kan sudah bercanggah kenyataan. Tetapi apabila ada mufti negeri yang menegur agenda ini. Antaranya ialah bekas Mufti Johor Dato' Noh Gadut dan Mufti Perak sendiri. Bila kenyataan ini dikeluarkan,Ahmad Awang terhantuk dan mula memikirkan alasan apa untuk diberikan. Nasib baik hari ini jatuh 1 Jamadil Akhir kalau tidak alasan apa Pas nak pakai. Takkan Nizar nak puasa ganti pulak?...

Daku bukan hendak menuduh tetapi ini adalah realiti yang perlu dilihat okeh rakyat Malaysia khususnya penyokong PKR ini. Daku tahu semangat dan kesetiaan penyokong PR ini tetapi kadang-kadang seolah mereka tidak dapat berfikir dan menilai semula retorik yang di mainkan oleh PR. Daku hormat ahli-ahli PR tetapi daku hilang rasa hormat terhadap pimpinan PR yang tahu menghukum tetapi tidak mahu bermuhasabah diri.

Wassalam..





No comments:

Post a Comment