Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Wednesday, June 3, 2009

Ahli majlis PKR bantah pelantikan presiden MPSJ-Malaysiakini

Enam daripada sembilan ahli Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSJ) dari PKR, memboikot majlis angkat sumpah presiden MPSJ yang barunya, Mokhtar Mohd Jit pagi ini.

Mereka bertindak demikain sebagai membantah pelantikan kakitangan awam memegang jawatan tersebut.

MPSJ mempunyai 24 ahli majlis yang terdiri PKR (9), DAP (10), PAS (2) dan NGO (3).

Mereka mendakwa, sebelum ini, Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah mencapai kata sepakat untuk melantik seorang ahli politk sebagai presiden MPSJ.

Bantahan tersebut dilihat sebagai cabaran pertama terhadap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman, yang mengangkat jawatan tersebut kelmarin.

Mansor mengumumkan pelantikan Mokhtar semalam. Beliau juga turut mengumumkan pelantikan presiden baru Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Ketua Wip PKR di MPSJ, Johari Kassim juga memberi amaran bahawa beliau dan lapan orang ahli majlis tersebut dari PKR, mungkin akan letak jawatan serentak sebagai membantah pelantikan Mokhtar.

Sementara itu, Mansor telah meminta badan perhubungan PKR Pulau Pinang menyiasat ketidakhadiran ahli majlis PKR di majlis angkat sumpah presiden MPSJ pagi ini.

Selepas majlis angkat sumpah tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menghalau wartawan Utusan Malaysia, keluar dari menghadiri sidang akhbarnya.

Wartawan itu yang merupakan penolong ketua biro Utusan Malaysia di Pulau Pinang, Hafzrul Mohamed mendakwa dia rasa terhina dengan tindakan Lim itu.

Ulasan PMP:

Bila bercakap tentang gila kuasa, orang PR inilah yang akan menghentam dan menabur fitnah yang bukan-bukan terhadap BN/UMNO.. tetapi kita blh lihat sendiri bila puak mereka yang gilakan kuasa sanggup memboikot majlis perlantikan di atas. kenapa ini berlaku? kenapa orang politik yang kena terajui jawatan Presiden? tak layakkah kalau seorang penjawat awan yang lebih banyak pengalaman dan idea untuk di gunakan untuk rakyat di lantik? Biasalah ahli majlis pun mesti dari kalangan orang politik juga. Imbuhan mesti ada punya.

Kalau benar mereka-mereka ini berjanji dahulu ingin bekerja untuk rakyat tetapi nampaknya mereka lebih suka merumitkan perkara mudah demi kebaikan rakyat. Dan itu lah PR.

Kepada Lim Guan Eng yang menghalau wartawan Utusan itu. Daku rasa LGE tidak menunaikan janji beliau iaiti kebebasan media. LGE halau mana yang dia tak suka macam orang itu tidak ada perasaan. LGE berfikir sebelum bertindak, bayangkan kalau saudara yang kami halau dari majlis tersebut. Apa yang saudara rasakan wahai Khalifah ciptaan PAS dan gila kuasa..

Wassalam..

Tuesday, May 26, 2009

Responsive dan Refleks.

Alhamdulillah dah masuk posting ke-8 blog daku yang tak seberapa ini. Bermacam-macam daku fikirkan bagaimana untuk membantu atau memberi idea untuk memberi manfaat kepada semua demi kepentingan rakyat. Daku bukanlah ahli politik tetapi sebagai rakyat biasa daku seolah-olah terlibat dengan kancah politik nasional. Ermmm, daku tidak mahu bercakap isu politik nasional kini yang lebih cenderung menyalahkan pihak yang lain demi untuk menegakkan benang yang basah.

Daku kini tinggal di Melaka yang indah, dan daku rasakan pembangunan di Melaka tidak kurang hebatnya dari bandar-bandar besar yang lain tetapi daku ingin memberikan pendapat atau idea yang mungkin boleh merubah persepsi kerajaan Melaka kini.

Terlebih dahulu daku ingin memohon kemaafan jika ada sebarang kata dalam blog ini memberi feedback yang tidak baik kepada para sahabat. Maaf di dahulukan..

Daku ingin menyentuh sedikit berkenaan permasalahan di kampung terlebih dahulu. Daku ada terbaca para sahabat di blog pemudaumnojasin menyatakan masalah mereka dengan JKKK qariah sendiri. Daku tidak tahu apa permasalahan yang sebenar tetepi pada pandangan daku setiap masalah itu ada cara penyelesaian dan cara penyelesaian itu bergantung kepada budi bicara dan kebijaksanaan pemimpin masyarakat dan juga penduduk qariah tersebut. Bagi daku juga sikap pemimpin juga perlu memainkan peranan yang amat penting untuk menjaga setiap inci kebajikan masyarakat. JKKK telah di lantik dan bukan lantikan 'kosong' tetapi lantikannya 'berisi'. JKKK wajib tahu dan perlu tahu setiap masalah yang nampak di hadapan mata atau tidak kerana dengan cara ini JKKK dapat menyelesaikan masalah yang timbul secara teratur. JKKK juga perlu menerima setiap rungutan atau cadangan dari setiap qariah untuk kebaikan penduduk. Bukan mudah untuk menjadi JKKK kerana bagi saya JKKK ini adalah orang tengah antara rakyat dan ADUN. Jangan terlalu banyak bermesyuarat tetapi banyak kan tindakan. Tidak salah mencuba sebaik mungkin walaupun tidak berjaya tetapi bukan sebaliknya. Daku percaya JKKK yang dilantik boleh di bawa berbincang jika kena dengan caranya.

Di peringkat wakil rakyat pula, segala idea dan pendapat wajib dibalas dengan hitam putih termasuk masalah yang di hadapi. Daku tahu, kaedah ini telah pun dilaksanakan tetapi kadang-kadang tindakan atau response dari wakil rakyat terlalu lambat atau sepi tanpa berita. Kenapa ini terjadi?..Jawapannya mudah, tidak ada sensitiviti pada setiap idea, aduan, masalah yang dikemukan kepada wakil rakyat. Daku percaya hanya aduan yang terpilih sahaja yang akan mendapat response semula. Wakil rakyat perlu kreatif dalam menangani segala isu yang timbul, pendek kata ilmu penuh di dada dan bukan hanya pandai bercakap sahaja. Rakyat sudah tidak mahu mendengar, 'Ya, kami sedang usahakan..Ya, dalam perbincangan..Ya, dalam pertimbangan'..boleh bagi alasan tetapi biarlah realistik dah memuaskan hati semua pihak. Wakil rakyat juga perlu sentiasa agresif untuk bertemu dengan rakyat. Bukan dengan hanya membuka pejabat tetapi tiada orang tak guna juga. Betul tak?..Pergi redah, tak perlu ada majlis keramaian atau kesyukuran baru tunjuk muka. Be responsive.

Di peringkat negeri, di sinilah segala aduan, cadangan atau idea di kumpulkan untuk mencari solusi yang baik. Tetapi daku tertanya-tanya, adakah segala aduan rakyat yang dikumpulkan ini menjadi medium yang terbaik untuk negeri ini?..Memang benar kerajaan tidak boleh menuruti segala permintaan dari rakyat tetapi bagi daku di negeri Melaka ini terlalu banyak pembangunan fizikal berbanding dengan interaksi bersama rakyat. Daku pernah berbual dengan seorang kenalan berbangsa Cina. Dia ada menyatakan yang beliau tidak bersetuju dengan pembinaan Eye on Malaysia yang memakan belanja berjuta ringgit. Untuk apa pembinaan tersebut? Dia faham Melaka ingin menjadi negeri maju 2010 tetapi biarlah kemajuan itu tidak tertumpu pada satu medan sahaja. Daku bersependapat dengan rakan Cina daku tadi. Banyak hasil kerajaan negeri telah digunakan entah ke mana. Daku pelik dengan perancangan para Exco negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri membuat keputusan. Daku lihat pembanguan di MITC Ayer Keroh yang paling ketara. Bermacam bangunan di bina. Tetapi apa yang rakyat dapat?

Kerajaan perlu telus dalam hal ini. Daku tahu di dalam budget kerajaan negeri setiap tahun akan ada belanja pembangunan dan pengurusan. Bahagi sama rata belanja tersebut, tidak kira mana ceruk sekalipun rakyat berhak menerima habuan tersebut bukan hanya setakat membetulkan parit. Sebagai contoh, terdapat 6 kawasan Parlimen di Melaka. Bahagikan perbelanjaan tersebut mengikut kepadatan penduduk, keluasan kawasan parlimen sama rata. Daku percaya dengan cara ini pembangunan akan lebih sekata dengan keperluan masyarakat setempat. Kerajaan negeri perlu melihat perkara ini dengan lebih jelas. Rangka semula objektif pembangunan negeri dan menitikberatkan rakyat sebagai teras utama.

Ini hanyalah pendapat daku demi kebaikan bersama. Daku rasakan kerajaan negeri perlu lebih "RESPONSIVE" dan mempunyai tindakan 'REFLEKS' yang baik dan cekap untuk kebaikan bersama.

Wassalam.



Monday, May 25, 2009

Rasuah dan Mogok Lapar

Macam-macam daku nak tuliskan hari ini. Tetapi daku mahu menulis tentang 2 perkara yang cukup meletop dari semalam iaitu isu wakil PKR cuba menyogok wakil bebas iaitu Pn Aminah (bekas ketua wanita PKR P.Pinang) dengan habuan yang amat dashyat dan juga program mogok lapar yang di anjurkan oleh PR.

Daku ingin melihat kepada isu yang pertama. Isu memang sudah dijangkakan kerana apabila Kak Min menawarkan diri untuk bertanding di DUN Penanti dan menyatakan agar BN tidak bertanding pada penulis bagaikan ada sesuatu rahsia di dalam PKR yang ingin Kak Min bongkarkan. Bekas seorang Ketua Wanita PKR sudah semestinya sudah lali dengan tipu helah, sepak teranjang dan konspirasi di dalam PKR itu sendiri. Semalam Tian Chua ada menyatakan bahawa PKR tidak terlibat dalam isu sogokkan ini dan secara tidak langsung menafikan tidak ada wakil PKR yang berjumpa dengan Kak Min untuk tidak bertanding. Walaupun ianya tidak dinyatakan tetapi daku rasa kenyataan itu adalah kenyataan yang mengambarkan hal sebenar.

Semalam juga Kak Min mendedahkan apa yang PKR sogokkan dan mempunyai rakaman perbualan selama 3 jam bersama 2 orang wakil PKR tersebut. Apa isi kandungannya? Tunggu dan lihat sahaja nanti. Kak Min juga telah membuat laporan kepada Polis, SPR untuk tindakan selanjutnya.

Hari ini, saudara Saifudin Nasution mengaku 2 ahlinya bertemu dengan Kak Min tetapi menafikan perbualan tersebut. Lama sungguh PKR hendak mengaku ya? Mungkin terlalu lama untuk mencari alasan kerana bukti telah ada. Daku rasakan selepas ini mesti ada alasan yang lebih menarik dari PKR. Antaranya ialah perbualan itu sengaja dirakam oleh orang kain, pihak BN punya rancangan dan lain-lain. Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia mesti tertunggu-tunggu alasan PKR. Lupa lagi satu medium yang mereka akan gunakan SAMAN dan gunakan PEGUAM PKR untuk menutup malu.

Isu yang kedua ialah mogok lapar yang di anjurkan oleh PR sebagai tanda protes kepada kepimpinan BN dan keputusan mahkamah. Kenapa perkara ini perlu berlaku?..Bermacam-macam alasan parti PAS untuk menghalalkan mogok lapar ini.

"Kempen mogok lapar adalah satu usaha serius untuk menghantar satu mesej supaya hak demokrasi dikembalikan kepada semua rakyat," kata setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming. (sumber- Malaysiakini)

Pas dalam lidah rasmi mereka, Harakah ada mengeluarkan kenyataan Ustaz Ahmad Awang yang menegaskan :-

"Banyak pihak tidak mengambil maklumat yang betul. Sebenarnya, mogok lapar ini untuk kawan-kawan yang bukan Islam. Yang , (mereka) berpuasa sunat," kata Ahmad Awang pagi ini.

"Hari ini 1 Jamadil Akhir. Menurut takwim hijrah, dari 1 hingga 3 hari bulan, (orang Islam) memang sunat berpuasa. ( sumber- Malaysiakini)

Memang pandai Pas memainkan isu ini. Daku bersetuju dengan berpuasa pada awal Jamadil Akhir ini dan puasa sunat adalah baik untuk semua tetapi daku pelik semasa kenyataan yang di keluarkan oleh DAP tidak pula menyatakan puasa sunat ini malahan daku rasa Nizar sendiri bersetuju dengan agenda mogok lapar ini. Kan sudah bercanggah kenyataan. Tetapi apabila ada mufti negeri yang menegur agenda ini. Antaranya ialah bekas Mufti Johor Dato' Noh Gadut dan Mufti Perak sendiri. Bila kenyataan ini dikeluarkan,Ahmad Awang terhantuk dan mula memikirkan alasan apa untuk diberikan. Nasib baik hari ini jatuh 1 Jamadil Akhir kalau tidak alasan apa Pas nak pakai. Takkan Nizar nak puasa ganti pulak?...

Daku bukan hendak menuduh tetapi ini adalah realiti yang perlu dilihat okeh rakyat Malaysia khususnya penyokong PKR ini. Daku tahu semangat dan kesetiaan penyokong PR ini tetapi kadang-kadang seolah mereka tidak dapat berfikir dan menilai semula retorik yang di mainkan oleh PR. Daku hormat ahli-ahli PR tetapi daku hilang rasa hormat terhadap pimpinan PR yang tahu menghukum tetapi tidak mahu bermuhasabah diri.

Wassalam..





Sunday, May 24, 2009

Kesusahan.

Daku kini menetap di Melaka sejak tahun 2000. Sebelum itu daku tinggal di Kuala Lumpur selama 18 tahun. Kali ini daku nak buat sedikit komentar terhadap negeri Melaka Bandaraya Bersejarah ini. Daku tengok pembangunan di Melaka ini semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Pembangunan ini selaras dengan agenda atau objektif untuk di jadikan sebagai negeri maju pada tahun 2010. Daku menyambut baik hasrat kepimpinan negeri ini tetapi bagi daku pembangunan yang drastik tidak bererti rakyatnya juga menerima arus pembangunan tersebut.

Daku lihat dalam konteks ‘local’ masih banyak lagi pembangunan selain pembanguan fizikal yang kini kita nampak di Melaka perlu di ambil kira. Daku tidak tahu bagaimana perbelanjaan negeri di belanja kan? Daku lihat masih ada lagi rakyat di Melaka ini yang dikategorikan susah. Daku tidak mahu melabelkan mereka miskin kerana saya percaya kepimpinan di Melaka sudah memberi kenyataan bahawa rakyat miskin sudah berkurangan. Tetapi daku lihat kesusahan itu dari aspek yang lain. Kesusahan itu juga bukan bermaksud kemiskinan wang ringgit atau harta benda.

Apa yang daku maksudkan ialah, kesusahan rakyat untuk berjumpa dengan wakil rakyat yang dipilih untuk bekerja dengan mereka. Daku faham ada sesetengah wakil rakyat sentiasa sibuk dengan pelbagai program mereka lebih-lebih lagi yang sudah memegang jawatan berstatus Exco. Kenapa ini terjadi? Adakah wakil rakyat tidak perasan atau lupa dengan tanggungjawab mereka? Terus terang daku cakap bahawa daku anti kepada wakil rakyat yang berperangai sebegini rupa. Tak kiralah dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Rakyat menilai semua tingkah laku wakil rakyat ini dan jangan lupa rakyat juga berhak menolak wakil rakyat tersebut dan parti yang di dokong oleh wakil rakyat itu sendiri. Percayalah, rakyat semakin susah untuk bertemu dengan wakil rakyat. Rakyat tidak pernah membenci wakil rakyat tetapi wakil rakyat sendiri yang membentuk atmosfera sebegini.

Wakil rakyat tidak boleh berada di dalam keadaan selasa kini. Setiap wakil rakyat perlu mencari mekanisma untuk merapatkan apa yang telah jauh dan menjernihkan apa yang telah keruh. Wakil rakyat perlu menganjurkan dialog bersama-sama rakyat. Jemput semua rakyat di kawasan DUN tanpa melihat latar belakang politik mereka. Panggil semua PBT dan agensi kerajaan untuk bersama-sama dalam dialog ini. Panggil DUN dan juga ahli Parlimen. Bukan hantar wakil atau setiausaha untuk menjawab semua persoalan yang akan timbul kelak. Daku percaya melalui kaedah ini, sekurang-kurangnya rakyat akan tahu bahawa wakil rakyat mereka prihatin tentang masalah mereka.

Bukan daku menafikan segala kerja wakil rakyat tetapi hanya mencadangkan agar ianya menjadi lebih baik dan boleh di terima rakyat.

Wassalam.

Pakatan Mogok Lapar Demi Rakyat Perak - Malaysiakini

Pakatan Rakyat menganjurkan mogok lapar 72 jam bagi mendesak pembubaran DUN Perak dalam usahanya menentang pengambilalihan kuasa BN sejak Februari lalu.

Mogok lapar yang bermula jam 10 pagi Selasa ini di Wisma DAP negeri, di depan bangunan DUN, akan dirasmikan oleh menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker mereka V Sivakumar.

Ia akan berakhir dengan solat hajat pada petang Khamis ini di pejabat Perak.

Program bantahan seumpama itu pertama kali sejak krisis itu berlarutan hampir empat bulan lalu walaupun Mahkamah Rayuan semalam mengesahkan pelantikan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar.

"Kempen mogok lapar adalah satu usaha serius untuk menghantar satu mesej supaya hak demokrasi dikembalikan kepada semua rakyat," kata setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming.

"Sebuah kerajaan yang demokratik mesti mendapat dari rakyat. Rakyat tidak mahu kerajaan mereka ditentukan oleh seorang hakim sahaja, sebaliknya hak asasi rakyat Perak berjumlah 2.4 juta untuk pilih kerajaan sendiri ditolak begitu sahaja."

Beberapa ADUN Pakatan di Perak yang tiada masalah kesihatan dijangka turut menyertai mogok tersebut.

Selain itu, mereka juga menganjurkan orang ramai berpakaian hitam.

Ulasan PMP:

Daku pun tak pastilah kenapa pihak PR ranyak ini selalu memanipulasi isu semasa demi kepentingan sendiri. Wajarkah mereka mogok lapar? Apa yang mereka dapat dari tindakan tersebut, mungkin hanya untuk menunjukkan protes kepada mahkamah atau kerajaan BN?..Sepatutnya tempoh 72 jam itu digunakan untuk bekerja di kawasan masing-masing bukan berdemo tak tentu pasal.

Tapi daku peliklah kenapa mogok lapar diadakan di dalam pejabat DAP?..nampak sangat DAP yang punya rancangan kurang bijak ini.Lagi satu kalau nak mogok sekalipun biarlah kena dengan kawasan, ini tidak mogok lapar dalam pejabat yang berhawa dingin. Kalau berani mogok bawah pokok lah. Jangan makan dan minum.

Daku cadangkan agar pihak yang mengeluarkan elaun Adun-adun yang terlibat ini tolak gaji atau elaun mereka selama 72 jam mereka bersuka ria ini sebab adun-adun PR ini bukanya buat kerja mereka pun, sibuk dengan retorik politik sempit mereka.

Macam-macam..