Wednesday, September 16, 2009

16/9 Hari Yang Memalukan Bagi AJ...




semalam sambutan hari memperingati pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963. Pelbagai rintangan dan rundingan telah dilalui oelh para pejuang negara dan juga pemimpin kita pada ketika itu.

Tetapi pada tarikh yang sama tetapi pada tahun yang berbeza telah berlakunay satu rentetan peristiwa pembohongan kepada rakyat oleh seorang rakyat Malaysia yang bergelar Anwar Ibrahim untuk menawan kerajaan dengan melalui pintu belakang. Istilah lompat parti, We have teh numpers berkumandang setiap kali di temuramah.

Sehinggakan sanggup menghantar rombongan rundingan ke Taiwan kerana yakin dapat "the numbers" tersebut tetapi habuk pun tak ada. Penipuan ini diterima oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan tetapi melalui jalan yang salah.

Kenapa Anwar Ibrahim begitu terdesak untuk menjadi PM? Layakkan si pengkhianat bangsa ini menjadi PM walhal Pas sendiri tidak pernah mengiktirah si kitol ini akan menjadi PM..Apa cerita dengan DAP yang dalam diam-diam membunuh kuasa orang Islam dan Melayu sendiri. Lihat sahaja di Pulau Pinang, cukup sekadar bantuan kenaikan elaun guru KAFA dan peruntukan sekolah agama. Tetapi punca ekonomi yang lain semua di telngkupkan kepada C.I.N.A. Memang bangsat.

PR tidak akan kemana jika selalu mengula-gulakan rakyat. Tidak ada persefahaman antara mereka. Pergi jahanam PAKATAN HARAM.

nota kaki: AJ = Al-Juburi..

Bila Di Butakan Hati..Semua Benda Betul.



Yang mana satu ”Iblis”, Yang mana satu ”Malaikat”?

1. BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).

2. Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.

3. Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.

4. Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).

5. Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.

6. Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.

7. Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.

8. Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).

9. Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.

10. Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.

11. Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.

12. Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.

13. Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.

14. Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.

15. Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)

16. Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.

17. Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.

18. Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).

19. Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.

20. Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya. Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.

21. Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.

22. Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.

sumber : merboktimes.blogspot.com

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah.

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis apa2 posting di blog ini kerena sibuk dengan urusan kerja kini saya akan cuba mengaktifkan semula blog ini sebaik mungkin untuk para kalian sahabat berkongsi pendapat dan idea.

Disini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiri kepada semua rakyat Malaysia dan memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yg mengenali saya secara langsung mahupun tidak langsung...

Perjuangan perlu di teruskan dalam bentuk apa sekali pun demi menegakkan kebenaran dan menidakkan apa yang diucapkan oleh sesetengah pihak.

Wassalam..

Monday, June 8, 2009

Dilema Ekonomi Melayu - Utusan Malaysia.

Hari ini orang Melayu juga mengalami dilema ekonomi. Walaupun mulai 1970-an kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan kemudiannya Dasar Pembangunan Nasional (DPN), ekonomi orang Melayu masih tercorot dan amat ketinggalan.

Malangnya, segolongan bukan Melayu asyik mengecam dan mengkritik kerajaan, kononnya kerajaan tidak bersikap adil bila memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Ada segolongan bukan Melayu juga mendesak agar kuota pemilikan saham Melayu sebanyak 30 peratus dimansuhkan.

Segolongan bukan Melayu juga mendesak supaya kuota biasiswa untuk pelajar bukan Melayu mesti ditambah. Kata mereka, orang Melayu wajar berlumba-lumba dalam hal pendidikan dan ekonomi negara menerusi sistem meritokrasi, iaitu sistem siapa hebat dia yang dapat, sistem siapa yang kuat, dia dapat semuanya. Kalau sistem ini dilaksanakan, orang Melayu akan terpinggir dan akhirnya lesap daripada bumi tercinta ini.

Dalam hal ini, sekali lagi saya ulangi, suara-suara yang mengungkit-ungkit keistimewaan Melayu pada hari ini adalah suara orang yang sudah dapat betis, mahukan paha. Ini suara orang tamak dan haloba, tidak menghargai kedudukan orang Melayu dan Bumiputera yang mundur akibat penjajahan British. Kepada kelompok ini, fahamilah maksud perangkaan atau statistik di bawah.

Akibat dasar British membawa masuk orang asing ke Tanah Melayu tanpa sebarang kawalan, banci penduduk Tanah Melayu pada tahun 1931 mendapati jumlah orang asing ketika itu mengatasi pribumi di Tanah Melayu.

Pada tahun 1932-1933 ada kemelesetan ekonomi dunia. Orang asing pun ramai yang balik ke negara asal mereka. Biarpun begitu, banci penduduk Tanah Melayu pada 1947, pun masih mendapati orang asing mengatasi pribumi. Selepas Perang Dunia Kedua pada 1945, bancian penduduk Tanah Melayu, termasuk Singapura, mendapati daripada 5.7 juta penduduk ketika itu, orang Melayu dan Bumiputera hanya 2.5 juta orang, bukan Melayu seramai 3.2 juta orang (Cheah Boon Kheng 2007).

Perkembangan kependudukan seperti ini menyebabkan jumlah orang asing berbanding orang Melayu dan Bumiputera pada 1957 adalah hampir seimbang. Daripada keseluruhan rakyat Tanah Melayu ketika itu, 3.12 juta adalah orang Melayu dan Bumiputera. Orang Cina seramai 2.33 juta, India 690,000 dan 120,000 daripada lain-lain etnik (Federation of Malaya Year Book 1959).

Biarpun begitu, daripada segi ekonominya, keturunan Cina pada 1957 telah menguasai ekonomi negara secara kukuh sementara orang Melayu masih dalam kemiskinan. Contohnya, sejak 1937, pelaburan orang Cina di Tanah Melayu sudah pun menjangkau AS$200 juta berbanding pelaburan asing lainnya sejumlah AS$454.5 juta (Ling Liong Sik 1995:3).

Pada tahun 1950-an, syarikat-syarikat Eropah menguasai 65 peratus hingga 75 peratus perdagangan eksport dan 60 peratus hingga 70 peratus perdagangan import. Syarikat-syarikat milik orang Cina ketika itu menguasai 10 peratus agensi eksport. Syarikat-syarikat etnik India pula menguasai dua peratus perdagangan berkenaan. Pada ketika itu, orang Melayu langsung tidak memiliki sebarang ekuiti dalam mana-mana perdagangan. (Gomez & Jomo, 1997:14-15).

Pada tahun 2008, penduduk Malaysia adalah 25.056 juta. Melayu 13.667 juta, Bumiputera 2.963 juta, etnik Cina 6.256 juta, etnik India 1.880 juta, lain-lain etnik 290,000 dan bukan rakyat 2.826 juta (Unit Perancang Ekonomi:2008).

Bagaimanapun, pemilikan modal saham pada 2008 adalah RM100 bilion atau 18.9 peratus sahaja di tangan Bumiputera, RM215 bilion atau 40.6 peratus dikuasai oleh bukan Bumiputera, RM42.3 bilion atau 8 peratus dikuasai oleh syarikat nomini, dan RM172.3 bilion atau 32.5 peratus dipegang oleh pemodal asing.

Ekuiti Bumiputera sebanyak RM100 bilion pada tahun 2008 terbahagi kepada RM79.4 bilion atau 15 peratus milik individu, RM11.9 bilion atau 2.2 peratus milik institusi, dan RM8.7 bilion atau 1.7 peratus milik agensi amanah. Ekuiti milik bukan Bumiputera, RM207 bilion atau 39 peratus dikuasai oleh etnik Cina, RM6.4 bilion atau 1.2 peratus dalam tangan etnik India, dan RM1.9 bilion atau 0.4 peratus kepunyaan lain-lain kaum. (The Star: 27.6.2008).

Statistik di atas membuktikan jumlah penduduk Melayu dan Bumiputera berbanding lain-lain etnik yang hampir seimbang sewaktu kemerdekaan tanah air, meningkat secara prominen pada 2008. Tetapi, kenyataan mengenai kemiskinan serta lain-lain petunjuk ekonomi di era sebelum merdeka adalah manifestasi dan dampak dasar pecah dan perintah penjajah British yang memihak kepada bukan Bumiputera dan menindas orang Melayu dan Bumiputera.

Petunjuk ekonomi di era sesudah merdeka, seperti pada tahun 2008, adalah realiti dan manifestasi bahawa sehingga hari ini, orang Melayu dan Bumiputera adalah golongan rakyat Malaysia yang jauh ketinggalan berbanding bukan Bumiputera dan berbanding kedudukan pemodal asing di negara ini.

Hakikat ini jadi lebih ketara jika dikaji lain-lain petunjuk sosio-ekonomi seperti pendapatan isi rumah, kadar kemiskinan relatif dan kemiskinan tegar, jumlah profesional Melayu dan Bumiputera dan sebagainya. Dikaji ikut perspektif mana sekalipun, adalah jelas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) terbukti belum berjaya mengatasi jurang perbezaan ekonomi dan kadar kemiskinan antara orang Melayu dan Bumiputera dengan bukan Bumiputera di Malaysia.

Oleh sebab itu, apakah asas yang menghalalkan segolongan orang bukan Melayu untuk mempersoalkan DEB, DPN, keistimewaan orang Melayu, biasiswa untuk Bumiputera dan segala-gala dasar yang disifatkan memihak kepada orang Melayu dan Bumiputera kebelakangan ini?

Apakah alasan kerajaan melayan desakan demi desakan, termasuklah dalam bidang pelajaran rendah, pelajaran menengah dan pendidikan tinggi, daripada sesetengah kelompok bukan Melayu pada hari ini?

Kepada golongan ini, ingatlah bahawa di era penjajah, hanya 10 peratus sahaja anak Melayu masuk universiti. Bakinya yang 90 peratus semuanya dibolot oleh bukan Melayu.

Dalam hal dilema ekonomi ini, saya juga merayu semoga kerajaan tidak akan berkompromi dan tidak akan tunduk kepada tuntutan keterlaluan oleh sesetengah kelompok bukan Melayu.

Saya juga menyeru segolongan pegawai Melayu yang selama ini kononnya kurang sensitif terhadap kemajuan orang Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi, supaya insaf dan ubah sikap untuk membantu Melayu dan Bumiputera dengan lebih ikhlas dan dedikasi.

Kepada seluruh pegawai dan profesional Melayu dalam bidang korporat dan syarikat milik kerajaan (GLC), saya menyeru, fikirkanlah masa depan orang Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi dan perniagaan.

Janganlah bila sudah dapat tempat tinggi-tinggi, kelompok pegawai dan profesional Melayu ini jadi seperti kacang yang lupakan kulit. Jangan di pandang hina usahawan dan peniaga Melayu dan Bumiputera.

Ingatlah bahawa tanpa perjuangan Melayu terdahulu, para profesional Melayu dalam GLC dan mereka yang berada dalam sektor awam dan sektor korporat pada hari ini, belum pasti dapat menikmati kedudukan yang mereka nikmati sekarang.

Seluruh pegawai Melayu dalam sektor kerajaan dan GLC sewajarnya memberikan peluang perniagaan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Jangan tergamak sesetengah pegawai menafikan peluang perniagaan yang sepatutnya diberikan kepada usahawan dan peniaga Melayu serta Bumiputera.

Badan-badan korporat dan GLC Melayu perlu turut memainkan tanggungjawab sosial kepada NGO dan pertubuhan Melayu yang mendukung perjuangan untuk memperkasakan aspirasi Melayu dan Bumiputera.

Mereka perlu mempunyai keutamaan dan fokus yang tepat dan betul mengenai perkara ini. Janganlah kalau untuk hiburan yang melekakan, mereka sanggup menderma hingga berjuta-juta ringgit jumlahnya. Janganlah pula untuk menggerak serta memperkasakan perjuangan Melayu dan Bumiputera, mereka sentiasa berdolak-dalik untuk membantu perjuangan ini.

Saya sangat berharap, semoga golongan pegawai-pegawai Melayu dan eksekutif Melayu dalam syarikat korporat dan GLC, tidak akan tergamak untuk mengkhianati aspirasi perjuangan Melayu. Jangan digadaikan masa depan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini di masa akan datang.

Demikianlah penegasan semula saya mengenai perjuangan orang Melayu dan Bumiputera pada hari ini. Penegasan semula ini saya lahirkan semata-mata kerana saya tidak rela orang Melayu dan Bumiputera terus dilanda dilema politik dan dilema ekonomi di tanah airnya sendiri.

Penegasan semula aspirasi perjuangan ini saya lakukan kerana saya tidak reda dagang lalu ditanakkan, anak di rumah mati kebuluran. Penegasan semula aspirasi perjuangan bangsa ini saya lafazkan kerana saya mahukan majoriti orang Melayu dan Bumiputera kembali memberikan sokongan serta keyakinan mereka kepada pemerintah.

Penegasan semula aspirasi perjuangan Melayu ini juga saya lahirkan supaya pihak pemerintah juga sentiasa mempertahankan seluruh hak dan keistimewaan Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan yang termaktub dalam seluruh dasar afirmatif kerajaan.

Marilah sama-sama kita memohon restu dan hidayat daripada Allah SWT semoga usaha kita melakukan penegasan semula aspirasi perjuangan ini akan menghasilkan tindakan yang positif oleh semua pihak, rakyat jelata daripada semua keturunan, pemerintah, pemimpin politik, pemimpin masyarakat sivil, para pegawai kerajaan, pemimpin korporat dan para pendukung GLC di Malaysia.

Datuk Ibrahim Ali ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.

Wednesday, June 3, 2009

Ahli majlis PKR bantah pelantikan presiden MPSJ-Malaysiakini

Enam daripada sembilan ahli Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSJ) dari PKR, memboikot majlis angkat sumpah presiden MPSJ yang barunya, Mokhtar Mohd Jit pagi ini.

Mereka bertindak demikain sebagai membantah pelantikan kakitangan awam memegang jawatan tersebut.

MPSJ mempunyai 24 ahli majlis yang terdiri PKR (9), DAP (10), PAS (2) dan NGO (3).

Mereka mendakwa, sebelum ini, Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah mencapai kata sepakat untuk melantik seorang ahli politk sebagai presiden MPSJ.

Bantahan tersebut dilihat sebagai cabaran pertama terhadap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman, yang mengangkat jawatan tersebut kelmarin.

Mansor mengumumkan pelantikan Mokhtar semalam. Beliau juga turut mengumumkan pelantikan presiden baru Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Ketua Wip PKR di MPSJ, Johari Kassim juga memberi amaran bahawa beliau dan lapan orang ahli majlis tersebut dari PKR, mungkin akan letak jawatan serentak sebagai membantah pelantikan Mokhtar.

Sementara itu, Mansor telah meminta badan perhubungan PKR Pulau Pinang menyiasat ketidakhadiran ahli majlis PKR di majlis angkat sumpah presiden MPSJ pagi ini.

Selepas majlis angkat sumpah tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menghalau wartawan Utusan Malaysia, keluar dari menghadiri sidang akhbarnya.

Wartawan itu yang merupakan penolong ketua biro Utusan Malaysia di Pulau Pinang, Hafzrul Mohamed mendakwa dia rasa terhina dengan tindakan Lim itu.

Ulasan PMP:

Bila bercakap tentang gila kuasa, orang PR inilah yang akan menghentam dan menabur fitnah yang bukan-bukan terhadap BN/UMNO.. tetapi kita blh lihat sendiri bila puak mereka yang gilakan kuasa sanggup memboikot majlis perlantikan di atas. kenapa ini berlaku? kenapa orang politik yang kena terajui jawatan Presiden? tak layakkah kalau seorang penjawat awan yang lebih banyak pengalaman dan idea untuk di gunakan untuk rakyat di lantik? Biasalah ahli majlis pun mesti dari kalangan orang politik juga. Imbuhan mesti ada punya.

Kalau benar mereka-mereka ini berjanji dahulu ingin bekerja untuk rakyat tetapi nampaknya mereka lebih suka merumitkan perkara mudah demi kebaikan rakyat. Dan itu lah PR.

Kepada Lim Guan Eng yang menghalau wartawan Utusan itu. Daku rasa LGE tidak menunaikan janji beliau iaiti kebebasan media. LGE halau mana yang dia tak suka macam orang itu tidak ada perasaan. LGE berfikir sebelum bertindak, bayangkan kalau saudara yang kami halau dari majlis tersebut. Apa yang saudara rasakan wahai Khalifah ciptaan PAS dan gila kuasa..

Wassalam..

Sunday, May 31, 2009

Hanya Selingan..




Keputusan PRU 11 dan 12 untuk Parlimen Jasin dan DUN-DUN..

Keputusan pelihanraya ke 11 pada tahun 2004 di Parlimen Jasin..kenapa daku paste kan ke blog ini?..daku akan cuba membuat analisa ringan perbandingan PRU 11 dan juga PRU 12 nanti di Parlimen Jasin ini sahaja kerana daku bermastautin di Parlimen ini dan merasakan perlu untuk daku memberikan sedikit pandagan terhadap trend pengundi masa ini dan pada masa akan datang..

sambungan :-

Berikut adalah perbezaan majoriti di antara PRU 11 dan juga PRU 12 bagi Parlimen Jasin dan DUN-DUN :

PRU 11 : Parlimen Jasin
BN : 31,198
PAS : 9864
Majoriti : 21,334 (BN Menang)
Peratusan mengundi : 79.68%

PRU 12 : Parlimen Jasin
BN : 28,101
PKR : 15,373
Majoriti : 12,728 (BN Menang)
Peratusan Mengundi : 79.57%

Ulasan PMP :

Diatas ialah ringkasan PRU 11 dan 12 yang menunjukkan keputusan yang memihak kepada BN/UMNO..tetapi apa yg daku ingin ulaskan disini ialah peratusan atau jumlah majoriti yg memihak kepada BN/UMNO ini semakin kurang dengan ketara sekali. Kenapa ini berlaku?..Dengan jumlah majoriti yg berkurangan sebanyak 8606 undi, ianya boleh di jadikan indikator kepada BN/UMNO untuk mentafsir sendiri momentum pengundi yang lebih cenderung kepada PR. Adakah ini kerana kelemahan parti itu sendiri atau di atas penolakan ke atas calon dari BN/UMNO itu sendiri?

Bagi daku kedua-dua faktor yang disebutkan tadi mungkin memainkan peranan dlm keputusan ini. Pada ketika ini BN/UMNO daku lihat terlalu lemah untuk bangkit semula dalam menentang dan memberikan informasi yang baik dan wajar kepada rakyat. Dari kacamata rakyat, BN/UMNO adalah parti korupsi, rasuah, penindas dan sebagainya di tambah pula dengan momokan serta hentaman dari PR yang memyuap para pengundi dengan segala macam fakta yg gharar dan janji yg tidak tertunai. BN/UMNO perlu lbh telus dalam perjuangan mereka. Jangan sesekali mengunakan kedudukan untuk menjamah segala kemewahan dan rakyat memerhati kan sahaja.

Daku cadangkan agar, pemilihan calon nnt biarlah merupakan calon yg berwibawa dlm segala bidang seperti Agama, Ekonomi, Politik dan juga berilmu. Lagi satu faktor yg para pengudi lihat ialah calon itu bersih dari segala ancaman luaran seperti rasuah dan sebagainya. Calon itu juga hendaklah seorang pemikir dan pencetus idea untuk kebaikan semua dan bukan hanya seorang perasmi majlis atau menjadi tetamu kehormat penyampaian sumbangan.

Pada PRU 13 nnt, di jangkakan 2 juta pengundi berdaftar akan menjalankan tanggungjawab mereka. Jadi BN/UMNO tidak boleh tidur dengan lena dan perlu bekerja kuat untuk mendominasi pengundi muda ini kerana PRU 12 sudah menjadi gambaran yg jelas bahawa saluran 5,6 dan 7 yg rata-ratanya pengundi baru memihak kepada PR. Daku masih ingat lagi, seorang rakan daku masa belajar dahulu..dengan yakin dia akan memangkah PR kerana pada ketika itu salah satu manifesto PR ialah memansuhkan bayaran pinjaman PTPTN.. Memang jelas permainan PR itu menjadi dan memihak kepada mereka. Dan kini rakan daku, terasa kesal dengan retorik PR ketika itu kerana memainkan janji demi kepentingan politik mereka.

Kini daku rasakan Pemuda UMNO perlu lebih agresif mendekati pemuda terutamanya para pelajar yg kini bijak berfikir dan membezakan yg mana boleh memberikan pulangan kepada mereka. Bukan pulangan wang ringgit ttp pulangan untuk mereka mengecapi kesejahteraan hidup di Malaysia tanpa sebarang masalah.

Hanya sekadar pendapat..

nota kaki : sila 'klik' pada gambar di atas untuk paparan yag jelas..

Wassalam.

Wednesday, May 27, 2009

Nizar dan Pokoknya...

Program Nizar tiada sambutan (sumber : Malaysiakini)

May 27, 09 3:13pm

Beberapa ADUN dan ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini gagal menarik perhatian ramai dengan gimik menanam 10 'pokok demokrasi' di kawasan lapang berhampiran sebuah bank di Medan Istana, Ipoh.

Malah seorang petugas bank itu pula dilihat mengambil kesempatan daripada program itu dengan mengedarkan risalah promosi produk perbankannya kepada wartawan, anggota polis serta beberapa ADUN yang hadir, lapor Bernama.

Mereka yang hadir termasuklah ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran (DAP), Lim Pek Har (ADUN Menglembu-DAP), Leong Mee Meng (DAP-Jalong), Chang Lih Kang (PKR-Teja) dan Thomas Su Keong Siong (DAP-Pasir Pinji).

Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu, tamat sejam kemudian.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang dijadualkan hadir bersama untuk menanam pokok itu hanya tiba pada pukul 10.15 pagi selepas pokok-pokok itu selesai ditanam, lapor agensi berita itu lagi.

Semua yang hadir bersurai kira-kira 15 minit kemudian.

Ulasan PMP:

Macam-macam cara untuk medapatkan publisiti murahan. Buat tugu demokrasi lah, tanam pokok demokrasi..nampak sangta merak ni takde kerja. Kan lebih bagus berjumpa dengan rakyat dan tunaikan tanggungjawab masing-masing. Rakyat pun dah tau mana baik dan buruknya...

Lagi-Lagi Saman

Anwar fail saman fitnah RM100 juta terhadap Anifah, kerajaan - (sumber : Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dan Kerajaan Malaysia.

Anwar mendakwa beliau difitnah Anifah pada sidang media di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat di Washington.

Dalam pernyataan tutntutannya, Anwar mendakwa Anifah memfitnahnya apabila menyatakan beliau menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan wang untuk beliau melompat parti.


Ulasan PMP:

Inilah dia, seorang pemimpin yang kaya dengan saman. tak puas hati saman. kalau mahkamah tak menyebelahi dia..dia hentam..kalau dah tak percaya dengan mahkamah buat apalah dia ini nak gunakan mahkamah sebagai saluran nak tegakkan kebenaran.

Apa-apa pun syabas kepada Datuk Anifah Aman kerana berani membuka pekong PKR di tempat masyhurnya..

Tuesday, May 26, 2009

Dulu Lain Sekarang Lain..Mat Sabu Oh Mat Sabu..












































































Responsive dan Refleks.

Alhamdulillah dah masuk posting ke-8 blog daku yang tak seberapa ini. Bermacam-macam daku fikirkan bagaimana untuk membantu atau memberi idea untuk memberi manfaat kepada semua demi kepentingan rakyat. Daku bukanlah ahli politik tetapi sebagai rakyat biasa daku seolah-olah terlibat dengan kancah politik nasional. Ermmm, daku tidak mahu bercakap isu politik nasional kini yang lebih cenderung menyalahkan pihak yang lain demi untuk menegakkan benang yang basah.

Daku kini tinggal di Melaka yang indah, dan daku rasakan pembangunan di Melaka tidak kurang hebatnya dari bandar-bandar besar yang lain tetapi daku ingin memberikan pendapat atau idea yang mungkin boleh merubah persepsi kerajaan Melaka kini.

Terlebih dahulu daku ingin memohon kemaafan jika ada sebarang kata dalam blog ini memberi feedback yang tidak baik kepada para sahabat. Maaf di dahulukan..

Daku ingin menyentuh sedikit berkenaan permasalahan di kampung terlebih dahulu. Daku ada terbaca para sahabat di blog pemudaumnojasin menyatakan masalah mereka dengan JKKK qariah sendiri. Daku tidak tahu apa permasalahan yang sebenar tetepi pada pandangan daku setiap masalah itu ada cara penyelesaian dan cara penyelesaian itu bergantung kepada budi bicara dan kebijaksanaan pemimpin masyarakat dan juga penduduk qariah tersebut. Bagi daku juga sikap pemimpin juga perlu memainkan peranan yang amat penting untuk menjaga setiap inci kebajikan masyarakat. JKKK telah di lantik dan bukan lantikan 'kosong' tetapi lantikannya 'berisi'. JKKK wajib tahu dan perlu tahu setiap masalah yang nampak di hadapan mata atau tidak kerana dengan cara ini JKKK dapat menyelesaikan masalah yang timbul secara teratur. JKKK juga perlu menerima setiap rungutan atau cadangan dari setiap qariah untuk kebaikan penduduk. Bukan mudah untuk menjadi JKKK kerana bagi saya JKKK ini adalah orang tengah antara rakyat dan ADUN. Jangan terlalu banyak bermesyuarat tetapi banyak kan tindakan. Tidak salah mencuba sebaik mungkin walaupun tidak berjaya tetapi bukan sebaliknya. Daku percaya JKKK yang dilantik boleh di bawa berbincang jika kena dengan caranya.

Di peringkat wakil rakyat pula, segala idea dan pendapat wajib dibalas dengan hitam putih termasuk masalah yang di hadapi. Daku tahu, kaedah ini telah pun dilaksanakan tetapi kadang-kadang tindakan atau response dari wakil rakyat terlalu lambat atau sepi tanpa berita. Kenapa ini terjadi?..Jawapannya mudah, tidak ada sensitiviti pada setiap idea, aduan, masalah yang dikemukan kepada wakil rakyat. Daku percaya hanya aduan yang terpilih sahaja yang akan mendapat response semula. Wakil rakyat perlu kreatif dalam menangani segala isu yang timbul, pendek kata ilmu penuh di dada dan bukan hanya pandai bercakap sahaja. Rakyat sudah tidak mahu mendengar, 'Ya, kami sedang usahakan..Ya, dalam perbincangan..Ya, dalam pertimbangan'..boleh bagi alasan tetapi biarlah realistik dah memuaskan hati semua pihak. Wakil rakyat juga perlu sentiasa agresif untuk bertemu dengan rakyat. Bukan dengan hanya membuka pejabat tetapi tiada orang tak guna juga. Betul tak?..Pergi redah, tak perlu ada majlis keramaian atau kesyukuran baru tunjuk muka. Be responsive.

Di peringkat negeri, di sinilah segala aduan, cadangan atau idea di kumpulkan untuk mencari solusi yang baik. Tetapi daku tertanya-tanya, adakah segala aduan rakyat yang dikumpulkan ini menjadi medium yang terbaik untuk negeri ini?..Memang benar kerajaan tidak boleh menuruti segala permintaan dari rakyat tetapi bagi daku di negeri Melaka ini terlalu banyak pembangunan fizikal berbanding dengan interaksi bersama rakyat. Daku pernah berbual dengan seorang kenalan berbangsa Cina. Dia ada menyatakan yang beliau tidak bersetuju dengan pembinaan Eye on Malaysia yang memakan belanja berjuta ringgit. Untuk apa pembinaan tersebut? Dia faham Melaka ingin menjadi negeri maju 2010 tetapi biarlah kemajuan itu tidak tertumpu pada satu medan sahaja. Daku bersependapat dengan rakan Cina daku tadi. Banyak hasil kerajaan negeri telah digunakan entah ke mana. Daku pelik dengan perancangan para Exco negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri membuat keputusan. Daku lihat pembanguan di MITC Ayer Keroh yang paling ketara. Bermacam bangunan di bina. Tetapi apa yang rakyat dapat?

Kerajaan perlu telus dalam hal ini. Daku tahu di dalam budget kerajaan negeri setiap tahun akan ada belanja pembangunan dan pengurusan. Bahagi sama rata belanja tersebut, tidak kira mana ceruk sekalipun rakyat berhak menerima habuan tersebut bukan hanya setakat membetulkan parit. Sebagai contoh, terdapat 6 kawasan Parlimen di Melaka. Bahagikan perbelanjaan tersebut mengikut kepadatan penduduk, keluasan kawasan parlimen sama rata. Daku percaya dengan cara ini pembangunan akan lebih sekata dengan keperluan masyarakat setempat. Kerajaan negeri perlu melihat perkara ini dengan lebih jelas. Rangka semula objektif pembangunan negeri dan menitikberatkan rakyat sebagai teras utama.

Ini hanyalah pendapat daku demi kebaikan bersama. Daku rasakan kerajaan negeri perlu lebih "RESPONSIVE" dan mempunyai tindakan 'REFLEKS' yang baik dan cekap untuk kebaikan bersama.

Wassalam.



Monday, May 25, 2009

Rasuah dan Mogok Lapar

Macam-macam daku nak tuliskan hari ini. Tetapi daku mahu menulis tentang 2 perkara yang cukup meletop dari semalam iaitu isu wakil PKR cuba menyogok wakil bebas iaitu Pn Aminah (bekas ketua wanita PKR P.Pinang) dengan habuan yang amat dashyat dan juga program mogok lapar yang di anjurkan oleh PR.

Daku ingin melihat kepada isu yang pertama. Isu memang sudah dijangkakan kerana apabila Kak Min menawarkan diri untuk bertanding di DUN Penanti dan menyatakan agar BN tidak bertanding pada penulis bagaikan ada sesuatu rahsia di dalam PKR yang ingin Kak Min bongkarkan. Bekas seorang Ketua Wanita PKR sudah semestinya sudah lali dengan tipu helah, sepak teranjang dan konspirasi di dalam PKR itu sendiri. Semalam Tian Chua ada menyatakan bahawa PKR tidak terlibat dalam isu sogokkan ini dan secara tidak langsung menafikan tidak ada wakil PKR yang berjumpa dengan Kak Min untuk tidak bertanding. Walaupun ianya tidak dinyatakan tetapi daku rasa kenyataan itu adalah kenyataan yang mengambarkan hal sebenar.

Semalam juga Kak Min mendedahkan apa yang PKR sogokkan dan mempunyai rakaman perbualan selama 3 jam bersama 2 orang wakil PKR tersebut. Apa isi kandungannya? Tunggu dan lihat sahaja nanti. Kak Min juga telah membuat laporan kepada Polis, SPR untuk tindakan selanjutnya.

Hari ini, saudara Saifudin Nasution mengaku 2 ahlinya bertemu dengan Kak Min tetapi menafikan perbualan tersebut. Lama sungguh PKR hendak mengaku ya? Mungkin terlalu lama untuk mencari alasan kerana bukti telah ada. Daku rasakan selepas ini mesti ada alasan yang lebih menarik dari PKR. Antaranya ialah perbualan itu sengaja dirakam oleh orang kain, pihak BN punya rancangan dan lain-lain. Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia mesti tertunggu-tunggu alasan PKR. Lupa lagi satu medium yang mereka akan gunakan SAMAN dan gunakan PEGUAM PKR untuk menutup malu.

Isu yang kedua ialah mogok lapar yang di anjurkan oleh PR sebagai tanda protes kepada kepimpinan BN dan keputusan mahkamah. Kenapa perkara ini perlu berlaku?..Bermacam-macam alasan parti PAS untuk menghalalkan mogok lapar ini.

"Kempen mogok lapar adalah satu usaha serius untuk menghantar satu mesej supaya hak demokrasi dikembalikan kepada semua rakyat," kata setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming. (sumber- Malaysiakini)

Pas dalam lidah rasmi mereka, Harakah ada mengeluarkan kenyataan Ustaz Ahmad Awang yang menegaskan :-

"Banyak pihak tidak mengambil maklumat yang betul. Sebenarnya, mogok lapar ini untuk kawan-kawan yang bukan Islam. Yang , (mereka) berpuasa sunat," kata Ahmad Awang pagi ini.

"Hari ini 1 Jamadil Akhir. Menurut takwim hijrah, dari 1 hingga 3 hari bulan, (orang Islam) memang sunat berpuasa. ( sumber- Malaysiakini)

Memang pandai Pas memainkan isu ini. Daku bersetuju dengan berpuasa pada awal Jamadil Akhir ini dan puasa sunat adalah baik untuk semua tetapi daku pelik semasa kenyataan yang di keluarkan oleh DAP tidak pula menyatakan puasa sunat ini malahan daku rasa Nizar sendiri bersetuju dengan agenda mogok lapar ini. Kan sudah bercanggah kenyataan. Tetapi apabila ada mufti negeri yang menegur agenda ini. Antaranya ialah bekas Mufti Johor Dato' Noh Gadut dan Mufti Perak sendiri. Bila kenyataan ini dikeluarkan,Ahmad Awang terhantuk dan mula memikirkan alasan apa untuk diberikan. Nasib baik hari ini jatuh 1 Jamadil Akhir kalau tidak alasan apa Pas nak pakai. Takkan Nizar nak puasa ganti pulak?...

Daku bukan hendak menuduh tetapi ini adalah realiti yang perlu dilihat okeh rakyat Malaysia khususnya penyokong PKR ini. Daku tahu semangat dan kesetiaan penyokong PR ini tetapi kadang-kadang seolah mereka tidak dapat berfikir dan menilai semula retorik yang di mainkan oleh PR. Daku hormat ahli-ahli PR tetapi daku hilang rasa hormat terhadap pimpinan PR yang tahu menghukum tetapi tidak mahu bermuhasabah diri.

Wassalam..





Double Standard..















kenapa daku meletakkan print screen dari dua media elektronik yang dikatakan bebas dari sebarang pegangan ataupun pengaruh politik?..daku cuba ingin mengulas, kenapa di Harakah Daily tidak terbit langsung berkenaan isu suap/rasuah yang di dedahkan oleh calon Bebas di DUN Penanti?Di manakah pemimpin-pemimpin Pas yang berlagak hero itu? Adakah Pas sendiri sudah tahu akan latar belakang/modus operandi PKR atau sengaja buat-buat tidak nampak?..Selalunya jika pendedahan oleh Malaysiakini yang memaparkan kisah pemimpin BN, sepantas kilat artikel berbau fitnah, tomahan keluar di muka hadapan Harakah Daily. Adakah ini sikap double standard Pas?..Apabila rakan sekatil terkena diam membisu..klu BN yang kena habis satu kampung digendangkan nya...

Tapi jangan risau, orang-orang Pas kini tengah memikirkan apa yang patut di ulaskan, ayat Quran atau hadis mana yang digunakan. Bukan membuat fitnah tetapi ini adalah kenyataan.

Pas oh Pas...

Syabas Pn Aminah, anda telah membuka pekung politik PKR..

25/5/2009


Sunday, May 24, 2009

BN KALAH PRU13 JIKA GAGAL FAHAMI MASALAH SEBENAR.

Semenjak PRU12 di mana Barisan Nasional (BN) mengalami kemerosotan teruk sokongan rakyat khususnya dari Kaum Cina dan India, beberapa pendekatan telah cuba dilakukan untuk memulihkan sokongan pengundi dan rakyat (Kaum Cina dan India) kepada BN oleh Kerajaan BN.

Namun begitu, hasilnya masih jauh dari yang diharapkan. Barisan Nasional telah mengalami kekalahan berturut-turut dalam semua Pilihanraya Kecil (PRK) kecuali DUN Batang Air di Sarawak.

Dari laporan UMNO, parti itu mendakwa sokongan Pengundi Melayu semakin meningkat dalam setiap PRK walaupun BN kalah. Pun begitu, sokongan dari Pengundi Kaum Cina dan India masih tidak menyebelahi BN atau dengan kata lain terus merosot.

Mengapa ini berlaku?

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menegur sikap pengundi Cina ini. Sebaliknya teguran ikhlas ini tidak diterima khususnya oleh MCA dan GERAKAN.

Bagi saya, pendekatan yang di ambil oleh BN tidak tepat kerana tidak berjaya menyelami punca sebenar mengapa sokongan kaum Cina dan India beralih kepada parti pembangkang. Sekiranya BN terus gagal memahami punca penyakitnya ini maka BN tidak akan berupaya memberikan penawar yang tepat bagi merawati penyakit tersebut.

Saya tidak mengatakan bahawa saya faham permasalahan atau punca kepada penyakit ini kesemuanya. Tetapi saya rasa ada satu punca yang gagal diakui oleh BN khususnya UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN.

Apakah puncanya ?

1. Konsep keterbukaan yang cuba diterapkan dalam era Kerajaan sebelum ini bagi saya telah mengundang padah dan antara penyumbang terbesar kepada permasalahan ini. Media pro kerajaan hanya terbuka (secara terpilih) untuk memaparkan kebaikkan kerajaan dan pemimpin utamanya secara berlebihan dan memuakkan. Sementara di ruang cyber, mana-mana pihak bebas menaburkan fitnah dan dakyah samada melalui blog ataupun online video seperti You Tube dan seumpama dengannya.

Dengan kemuakkan terhadap media arus perdana ditambah dengan tahap celik jalur lebar yang terus meningkat di kalangan generasi baru, media baru internet telah digunakan secara optimum oleh pihak yang mengambil kesempatan untuk menyebarkan segala macam dakyah dan fitnah secara besar-besaran tanpa kawalan.

Yang hairannya, walaupun penguna internet rata-ratanya terdiri dari golongan yang berpelajaran, mungkin kerana kemuakkan terhadap laporan media arus perdana yang bersikap sebelah pihak secara keterlaluan, golongan ini kelihatannya tidak mampu menapis maklumat yang dihidangkan di laman-laman blog yang telah diketahui umum sebagai tidak dapat disahkan kebenarannya. Kejayaan penyebaran dakyah dan fitnah ini boleh diukur dari jumlah undi yang telah berpindah dari BN kepada parti pembangkang.

Di pihak Kerajaan pula kelihatan gagal dalam mengawal penyebaran maklumat-maklumat palsu ini melalui penguatkuasaan peruntukan undang-undang sediada. Kerajaan juga telah gagal menggunakan kelebihan media baru ini dalam memperbetulkan semula persepsi rakyat yang telah terpengaruh oleh dakyah dan pembohongan yang telah dilakukan oleh pihak yang mengambil kesempatan terhadap sikap keterbukaan yang kononnya cuba diamalkan oleh Kerajaan BN ketika itu. Puncanya adalah kerana Kerajaan khususnya UMNO mengambil sikap acuh tidak acuh serta memandang rendah terhadap kepentingan media internet dalam peperangan politik pada zaman ini walaupun telah diingatkan oleh pihak-pihak tertentu yang menyokong perjuangan UMNO seperti Kelab Maya UMNO (KMU).

2. Kegagalan parti-parti komponen BN menghayati konsep semangat kesepakatan Barisan Nasional. Inilah punca sebenar yang paling meruncing dan perlukan tindakan dari pempinan tertinggi BN. Mengapa jadi begini ? Puncanya juga kerana sikap keterbukaan yang cuba ditonjolkan oleh pemimpin tertinggi BN pada era sebelum ini.

Semenjak Parti Perikatan ditubuhkan dan kemudiannya menjadi BN, ianya dianggotai oleh parti-parti komponen yang berasaskan ethnik-ethnik yang wujud di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Semua parti komponen yang mewakili ethnik tertentu ini sudah semestinya cuba memperjuangkan perjuangan kaum masing-masing. UMNO memperjuangkan Melayu, MCA dengan perjuangan kaum Cina, MIC bagi kaum India.

Di antara parti komponen ini, khususnya di kalangan pimpinan tertingginya telah wujud apa yang dipanggil sebagai'mutual coalition'. Setiap pertikaian yang wujud akan dibawa melalui saluran yang diwujudkan dan tidak dibincangkan secara terbuka.
Hal ini berlaku sejak sekian lama dengan andaian bahawa perkara-perkara sensitif berkaitan agama dan kaum tidak boleh dibincangkan secara terbuka kerana ianya boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada hubungan dan perpaduan kaum yang menjadi kunci kepada keamanan dan kemajuan negara. Andaian ini sememangnya mempunyai asas yang kukuh dan tidak pernah dipertikaikan sebelum era keterbukaan.

Dahulu, pemimpin sesebuah parti komponen tidak akan cepat melatah dan terus menyuarakan ketidakpuasan hatinya secara terbuka apabila ada kalangan pemimpin parti komponen yang lain mengucapkan sesuatu yang bersifat perkauman di hadapan ahli parti masing-masing. Tetapi kini, oleh kerana sengaja tidak mahu mengambil dan memahami konsep 'mutual coalition' (mungkin juga mengambil kesempatan dari keterbukaan yang di war-warkan), kebanyakan pimpinan parti komponen begitu cepat melenting dan menambahkan lagi minyak membakar sentimen perkauman kepada ahli parti mereka hingga menyebabkan hubungan sesama parti komponen BN sendiri menjadi keruh dan tegang. Kesannya, perasaan curiga mencurigai sesama parti komponen menjadi subur.

Sebagai contoh, isu Ketua Pemuda UMNO mencium keris ketika persidangan Pemuda UMNO telah sengaja diperbesar-besarkan. Pemuda dari GERAKAN dan MCA malah menuntut secara terbuka agar Pemuda UMNO memohon maaf kepada masyarakat Cina yang tersinggung. Padahal, perbuatan mencium keris hanyalah suatu simbol. Sultan dan Raja juga mencium keris ketika majlis pertabalan. Perlakuan mencium keris itu pula dilakukan dihadapan penyokong dan ahli UMNO sendiri, bukan di hadapan penyokong MCA dan GERAKAN.

Oleh kerana isu ini dibincangkan secara terbuka melalui media, ianya telah menyebabkan kaum lain terikut-ikut emosi dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong parti komponen tersebut. Bagi orang Melayu dan ahli UMNO pula, mereka menjadi marah apabila Ketua Pemuda bersetuju memohon maaf sekiranya perbuatannya (mencium keris) telah mengguris hati kaum lain.

Sebabnya adalah kerana dalam era keterbukaan, parti-parti komponen telah membelakangkan semangat musyawarah yang menjadi teras dan amalan dalam BN selama ini.

Sebaliknya jika semangat musyawarah ini digunapakai, setiap parti akan memahami bahawa parti-parti komponen dalam BN memang memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Justeru isu-isu seperti yang dibangkit diera keterbukaan yang diucapkan di hadapan penyokong masing-masing haruslah dianggap sebagai pendekatan parti-parti tersebut untuk terus meningkatkan sokongan ethnik yang diwakili oleh parti tersebut.

Setiap parti sememangnya sentiasa berusaha untuk menjadi juara kepada kaum yang mereka wakili agar dapat terus memainkan peranan bagi mendapatkan sokongan untuk BN dalam setiap pilihanraya. Ini berlaku sejak sekian lama.

Jika sesebuah parti komponen tidak lagi dilihat atau tidak dapat memainkan peranan yang berkesan bagi mewakili kepentingan kelompok atau kaum yang diwakilinya maka parti tersebut menjadi tidak relevan lagi kepada kaum tersebut. Sebagai contoh, MIC dikatakan gagal dalam memperjuangkan nasib kaum India. Hasilnya tertubuhlah HINDRAFF yang dengan secara tiba-tiba mendapat sokongan meluas dari kaum India. Mengapa ? Kerana HINDRAFF menonjolkan diri sebagai sebuah organisasi yang benar-benar memperjuangkan kaum India. MIC menjadi tidak relevan lagi.

Jika masalah kegagalan memahami semangat 'mutual coalition' dalam BN tidak segera diatasi, jika parti-parti komponen terus mempertikaikan perjuangan sesama sendiri maka semua parti-parti komponen akan menjadi tidak relevan kepada kaum masing-masing.

Apakah kesannya jika parti-parti komponen tidak lagi relevan kepada kaum yang mereka wakili selama ini ?

Kesannya amat mudah tetapi cukup berat untuk diterima malah akan membawa kerosakan yang lebih parah kepada rakyat dan sistem negara secara keseluruhannya. Kesannya BN akan gagal mempertahan kuasanya, kalah dalam PRU13.


Barang dijauhkan oleh Allah swt.

3. "Sekiranya kita menang - India, Cina, Melayu seeeemuaaaa sama", Anwar Ibrahim.

Ungkapan ini memberikan kesan yang sangat besar kepada fenomena peralihan sokongan pengundi kaum Cina dan India dari BN kepada Pakatan Rakyat (PR).

Anda mempunyai cara untuk menanganinya ? Sama-samalah kita fikirkan...

Kesusahan.

Daku kini menetap di Melaka sejak tahun 2000. Sebelum itu daku tinggal di Kuala Lumpur selama 18 tahun. Kali ini daku nak buat sedikit komentar terhadap negeri Melaka Bandaraya Bersejarah ini. Daku tengok pembangunan di Melaka ini semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Pembangunan ini selaras dengan agenda atau objektif untuk di jadikan sebagai negeri maju pada tahun 2010. Daku menyambut baik hasrat kepimpinan negeri ini tetapi bagi daku pembangunan yang drastik tidak bererti rakyatnya juga menerima arus pembangunan tersebut.

Daku lihat dalam konteks ‘local’ masih banyak lagi pembangunan selain pembanguan fizikal yang kini kita nampak di Melaka perlu di ambil kira. Daku tidak tahu bagaimana perbelanjaan negeri di belanja kan? Daku lihat masih ada lagi rakyat di Melaka ini yang dikategorikan susah. Daku tidak mahu melabelkan mereka miskin kerana saya percaya kepimpinan di Melaka sudah memberi kenyataan bahawa rakyat miskin sudah berkurangan. Tetapi daku lihat kesusahan itu dari aspek yang lain. Kesusahan itu juga bukan bermaksud kemiskinan wang ringgit atau harta benda.

Apa yang daku maksudkan ialah, kesusahan rakyat untuk berjumpa dengan wakil rakyat yang dipilih untuk bekerja dengan mereka. Daku faham ada sesetengah wakil rakyat sentiasa sibuk dengan pelbagai program mereka lebih-lebih lagi yang sudah memegang jawatan berstatus Exco. Kenapa ini terjadi? Adakah wakil rakyat tidak perasan atau lupa dengan tanggungjawab mereka? Terus terang daku cakap bahawa daku anti kepada wakil rakyat yang berperangai sebegini rupa. Tak kiralah dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Rakyat menilai semua tingkah laku wakil rakyat ini dan jangan lupa rakyat juga berhak menolak wakil rakyat tersebut dan parti yang di dokong oleh wakil rakyat itu sendiri. Percayalah, rakyat semakin susah untuk bertemu dengan wakil rakyat. Rakyat tidak pernah membenci wakil rakyat tetapi wakil rakyat sendiri yang membentuk atmosfera sebegini.

Wakil rakyat tidak boleh berada di dalam keadaan selasa kini. Setiap wakil rakyat perlu mencari mekanisma untuk merapatkan apa yang telah jauh dan menjernihkan apa yang telah keruh. Wakil rakyat perlu menganjurkan dialog bersama-sama rakyat. Jemput semua rakyat di kawasan DUN tanpa melihat latar belakang politik mereka. Panggil semua PBT dan agensi kerajaan untuk bersama-sama dalam dialog ini. Panggil DUN dan juga ahli Parlimen. Bukan hantar wakil atau setiausaha untuk menjawab semua persoalan yang akan timbul kelak. Daku percaya melalui kaedah ini, sekurang-kurangnya rakyat akan tahu bahawa wakil rakyat mereka prihatin tentang masalah mereka.

Bukan daku menafikan segala kerja wakil rakyat tetapi hanya mencadangkan agar ianya menjadi lebih baik dan boleh di terima rakyat.

Wassalam.